Saturday, January 25, 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 1 - 2014












Kem Kepimpinan Pengawas telah dilaksanakan pada 23 - 24hb Januari 2014, hari Khamis dan Jumaat yang baru lalu.   Seramai 64 pengawas dan bakal pengawas yang dipilih telah dilatih oleh tiga orang fasilitator yang terdiri dari bekas pelajar SMA Darussaadah.  Mereka adalah Ku Fathur Rahman bin Abdul Hamid, Anas Fikrie bin Mohd Zahir dan Mohd Shahrul Fikri bin Abdul Halim.

Selama dua hari satu malam mereka dibentuk dengan pelbagai kaedah untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah.  Di antara aktiviti yang telah dijalankan seperti memperkenalkan diri dalam aktiviti berkumpulan.  Pada sebelah malam mereka diberikan tunjuk ajar dalam sesi pengucapan awam.  Mereka diberikan tajuk dan mengeluarkan idea tersendiri dan diperdebatkan di antara kumpulan.  Mereka juga diberikan tugasan berkumpulan, iaitu ada kumpulan masyarakat, kumpulan ibu bapa, kumpulan pelajar, kumpulan pendidik, serta juga kumpulan jabatan pendidikan.

Pada keesokan harinya mereka menjalankan aktiviti riadah, bersenam di sekitar resort dan seterusnya aktiviti latihan dalam kumpulan dan membina negara idaman dan dilatih untuk mempertahankan negara masing-masing.   Hasil kem yang diadakan mereka diharapkan akan kembali ke sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih cemerlang.  Insya allah.

LAWATAN PENANDAARAS KE SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY

Lawatan diadakan bersama Exco Tertinggi Asrama SMA Darussaadah, pada 25 Januari 2014, hari Sabtu...
Seramai 22 orang exco tertinggi asrama terlibat.
Moga segala input dan pengalaman yang dikongsi bersama akan digunakan untuk penambaikan asrama SMA Darussaadah.


Sunday, January 19, 2014

Berkat di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

*selingkar kisah untuk dikongsi bersama...