KENALI DIRIKU

Assalamualaikum...wmt...wbt...

Anda cuma perlu panggil saya Azzah.. Saya seorang guru kaunseling di salah sebuah sekolah di negeri Kedah...dah lama berkhidmat...hampir meraikan jubli apa ntah...Saya sudah berpunya, so kalau nak cuba2 rapat sorry tak usahle!!! cayaaaaaaaaaaala...

Selamat datang ke blog saya... Blog ini diilhamkan sempena perpindahan saya ke tempat kerje baru dan kerana blog lama dah terlupa kata laluan....  Saya mula berblog dari tahun 2009. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang saya berblog...takde la manis sangat...pahitpun takla terlampau pahit...ermmmmmm...

Pada mulanya isi blog saya agak skema sebab tak tau lagi apa konsep dan apa itu blog? Namun blog ini saya jadikan tempat untuk bercerita, meluahkan perasaan, berkongsi pendapat, berkongsi idea, memberi informasi, bercerita tentang percutian saya, cerita ‘anak-anak’ saya, hidup saya dan segalanya..

Bertahannya blog ini adalah disebabkan minat saya yang mendalam dalam bidang penulisan sebab saya merupakan pemegang ijazah dalam bidang kesusateraan walaupun tak pernah mengajar sastera. Saya suka membaca, saya suka menulis, suka bercerita...sebagai seorang guru sudah sememangnya bercakap merupakan kerja hakiki saya dari dulu....kini dan selamanya...sampai ke dalam kubur...heeheehe...

Mungkin juga kerana adanya followers dan readers yang sudi menjengah blog ini membuatkan hati saya terhibur dan saya rasa teruja untuk menghiburkan anda semua... semoga anda juga rasa terhibur seperti terhiburnya hati saya yang duka...

Untuk mengenali saya sebagai Azzah, cuma perlu baca dan baca dan baca celoteh saya...dan tak kisahlah kalau dibiarkan saya menceceh sendirian....
Dah biasapun...Kalau ada penambaikan atau teguran membina sila buat di ruangan komen atau jika sudi...jadilah follower saya....dialu-alukan sangat....moga dengan perkongsian idea akan menjadikan blog ini sebagai satu titik tolak penyebaran ilmu secara tidak langsung...
Selamat berblog....


-azzah.amie.drani-


4 comments: