SUARA HATIKU

BILA KAUNSELOR MULA BERSUARA:
HASIL PEMERHATIAN SEPANJANG 5 MINIT SEBELUM MAJLIS BERMULA
1.       Masuk ke bilik/surau/dalam majlis ilmu dengan kaki kiri.
2.       Membuat bising/bercakap-cakap dengan suara yang lantang.
3.       Melambat-lambatkan masa.
4.       Tidak memberi salam/hormat.
5.       Meninggikan suara.
6.       Tidak menunjukkan kesediaan untuk menerima ilmu.
7.       Tiada ucapan salam.
8.       Bersikap tidak endah kepada apa yang sedang berlaku.
9.       Bergurau senda (sambil menyepak kawan dengan kaki).
10.   Mengucapkan Alhamdulillah – seolah-olah tidak suka dengan majlis ilmu.
JENIS MANUSIA YANG JADI MASALAH
1.       Orang yang penting diri
2.       Mulut laser.
3.       Berlagak semuanya dia tahu.
4.       Cakap banyak.
5.       Tidak mahu kalah.
6.       Orang yang setuju sahaja.
7.       Orang yang tidak tahu buat keputusan.
8.       Orang yang rasa rendah diri.
9.       Orang yang sombong dan angkuh.
10.   Kaki bangkang.
11.   Orang yang tidak jujur.
12.   Orang yang suka menindas orang lain.
13.   Kaki gaduh
14.   Orang yang bermuka-muka.
15.   Buruk sangka.
16.   Tidak kisah dunia di sekeliling.
15 PANDUAN MENJELANG PEPERIKSAAN PMR/SPM
1.       Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.
2.       Jangan sakiti hati ibu bapa.
3.       Jangan sakiti hati guru.
4.       Insaf dengan tanggungjawab sebagai anak.
5.       Amalkan membaca al-Quran.
6.       Tidak hadkan masa belajar.
7.       Ikut kemampuan diri.
8.       Pemahaman.
9.       Semua ujian bulanan adalah penting.
10.   Sediakan nota ringkas.
11.   Fahami topic dengan mendalam.
12.   Cari suasana yang seronok untuk belajar.
13.   Amalkan makanan tambahan untuk mencerdaskan minda.
14.   Hargai masa.

15.   Sentiasa berdoa.


AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. 

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan dinegara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara  berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. 




Tazkirah Agama

PELUANG BERTAUBAT BERKALI-KALI 

Manusia sering kecewa kerana apabila dizalimi tiada balasan serta merta mengena orang yang menzalami. Sedangkan Allah yang Maha Esa wujud, Maha Mengetahui dan Maha Menguasai setiap detik kejadian. Di manakah keadilan?

Persoalan ini meragukan insan yang ingin merapatkan dirinya kepada Allah dan agama yang diredai-Nya iaitu Islam. Mereka beranggapan dengan memeluk dan menghayati cara hidup yang diredai oleh Pencipta maka kesengsaraan akan hilang.

Bukankah definasi agama yang benar adalah agama yang membuatkan insan bahagia bukannya sengsara!

Namun, agama yang diredai ini bersifat paradoksikal pula. Semakin diserahkan diri semakin pula menerima seksa.

Penerimaan seksa masih boleh difahami kerana itu adalah ujian Allah untuk dibalasi di akhirat nanti. Sebaliknya, apa yang tidak boleh difahami adalah keadaan selesa dan gembiranya kehidupan orang yang menzalami. Inilah paradoksnya.

Kalangan yang beramal kebaikan tatkala yang beramal kejahatan menguasai cara hidup pasti menghadapi permasalahan ini. Dengan kata lain, suasana ini tidak berlaku di kala dunia didominasikan (baca dikuasai) oleh kalangan yang baik.

Ketika keadaan dunia adalah 'malam', golongan jahat akan menghimpit gerak golongan baik kerana mempertahankan cara hidup melalui kuasa. Mereka merancang dan melaksana dengan amat yakin kerana sumber kekuatan duniawi mereka mengatasi golongan baik. Golongan baik pula walaupun telah dilatih untuk bersabar dan bersedia secara mental untuk menghadapinya masih berpecah belah dengan hal-hal yang tidak fundamentals.

Persoalan Allah membenarkan golongan jahat menyeksa golongan baik boleh diterima. Sebaliknya, Allah membenarkan golongan jahat bergembira dengan kezaliman mereka malah menambah nikmat duniawi kepada mereka menjadi sesuatu yang meragukan. Sepatutnya (mengikut perkiraan golongan baik), "kami perlu menanggung seksa dan mereka akan dibalasi." Hakikatnya tidak, "kami menanggung seksa dan mereka semakin senang."

Kemungkinannya ialah Allah menangguh balasan kepada golongan yang jahat. Mengapa pula? Untuk memberi peluang bertaubat dan berubah kepada kebaikan. Peluang diberi bukan hanya sekali, namun sepatutnya beberapa kali agar suatu hari nanti (akhirat) seksa yang diterima adalah adil dan abadi. Kalau hanya sekali buat kesalahan dan terus ditimpa hukuman maka tidaklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Beri petunjuk dan peluang kepada dua jalan: buat baik dan buat jahat.

Seperkara lagi, bagi golongan baik tugasan mereka adalah beriman dan beramal saleh termasuk memberi peringatan dan khabar gembira. Mereka tidak ditugaskan untuk memaksa perubahan. Petunjuk dan perubahan manusia adalah milik Pencipta.

Rumusannya, peluang untuk bertaubat diberi berkali-kali agar kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, seksaan di sana adalah adil, berpatutan dan abadi. Oleh itu, jangan berduka atas kesenangan mereka. Doakan mereka berubah kerana di sana amalan sudah tidak diterima. Itulah keadilan Ilahi. – azzahamiedrani.




No comments:

Post a Comment