Thursday, August 15, 2013

ANAK DARA SEKAMPUNG

Menganyam ingatan di sudut kenangan
anak dara sekampung riang berkawan
meninggalhalaman tanpa berpesan
tanpa mengira segala rintangan
untuk harapan seribu impian
zaman sekarang.

Menganyam ingatan di sudut kenangan
anak dara sekampung pergi bertandang
dari pagi hinggake petang
membina kerja bukannya senang
jagakan diri dari rintangan
teguhkan diri dari halangan
kuatkan iman.

Menganyam ingatan di sudut kenangan
anak dara sekampung pulang semalam
membawa cerita teman taulan
hidup disana memang tak tahan
ada yang bebas lupa daratan
hidup merana di tempat orang
kerana wang

tergadai iman.


memory @ SMKSS '02-10

No comments:

Post a Comment