Thursday, August 15, 2013

WARKAH UNTUK HAWA

Bila Kaunselor Berkarya;
    Hawa……. Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walaupun secebis oleh kaum Adam, tiada nilai di mata Adam, kita hanyalah sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata. Tetapi kini selepas rahmat Islam menyelubungi alam,bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat disisi Allah sehingga tiada sebaik hiasan dunia melainkan wanita solehah...
Wahai Hawa... Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman cara Islam itu?? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandunganNya, kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya,dan kenapa masih tak mahu menutup aurat wahai Hawa??!
   Hawa... Tangan yang mengayun buaian bisa menggoncang dunia, sedarkah Hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat kepada suami yang sejati. Tetapi Hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, ayu wajahmu, dan lenggok tubuhmu,jangan kau menghentak-hentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan........ jangan sesekali menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu....
  Hawa...... Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu. Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik.Jangan menggadaikan maruahmu hanya kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seseorang lelaki kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Hawa....... Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemahuannya menggoncang iman mereka. Tetapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita iaitu sebuah perkahwinan...
  Hawa.......
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.... Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta daripada keluargamu....
  Hawa....
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengayun buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia ini juga yang menggoncang iman lelaki, kerana aku sukar menerimanya dan benci setiap kali mendengarnya.....!!!


cinta yang sejati hanya cintakan ilahi,
cinta ayah bonda tulus suci selamnanya,
cintakan saudara mara berada hanya sementara,
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan..”      

                                                                                 
-Kaunselor Pelajar-

No comments:

Post a Comment